Jul 23, 2014

This week punya cerita

Assalamualaikum, selalunya kalau update blog pasti ada ceritanya bukan? Ye, benaran kali ini ada entrynya (versi Indo).. Kahkahkah


Ok this week quite busy as usually, Isnin ari tu aku pergi walk in interview  untuk position SL1M under CIMB Bank. Tahu tak apa SL1M tu? SL1M itu adalah salah satu program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran atau keupayaan graduan untuk mendapat kerja bersama Government Link Company (GLC).

Nie nak cerita pasal interview tu, masa interview tu aku demam, so kebanyakkan nya aku merapu je kat interviewer. Tak pasti la dapat ker tak, harap-harap dapat lah. Tak sanggup duduk umah je.. (padalah baru sebulan menggangur Sebab Kontrak Guru Tak disambung)

 Pada selasa 23/7 dapat pulak SMS dari SPA suruh buat Assessment Online pada 5/8 untuk jawatan Penolong Pegawai Kastam. So, aku pun tak teragak-agak terus hantar confirmation.

Ok done, pada sebelah petang pula dapat 2 panggilan 1 daripada CIMB dan 1 lagi pasal Agensi. CIMB call, kata permohonan anda telah diprocess, dan dia suruh tunggu panggilan kedua mungkin dalam minggu ni. (aku pun macam tak percaya juga, dapat ker tak? ) Kalau dapat tu namanya rezeki, kalau tak dapat takde rezeki jawabnya.



Yang kedua pula, agensi call offer kerja, tapi aku cakap dengan agensi tu bagi JD (Job Description) dulu mana lah tahu dia bagi job jadi Cust. Service Exec yang handle Inbound and Outbound. So, sudah aku teliti JD dan agensi bagi POSITION Representative, Inbound Documentation in Shipping company. Aku accept dan set up the interview session but not this week, aku cakap after raya baru set up interview sebabnya aku tengah mood nak raya. :)

 Jadi sekarang aku tunggu mana yang terbaik, Insyallah...

No comments:

Post a Comment

Berbica lah dengan tulisan, kerna dengan tulisan kita bebas berkata-kata

Three Series dot One

Assalamulaikum, Dear pal, mike or what people call your name, Content for today, High Value Definition A  high - value man  is some...