Jul 4, 2012

Pernah...


Assalamualaikum tajuk hari ini adalah Pernah… Mesti anda pelik kenapa tajuk entry kali ini PERNAH…?
Sebelum anda baca dengan lebih mendalam lagi entry, maaf ku pinta jika entry ini dapat menitiskan air mata anda.


Pernahkah anda berasa Kecewa, Kesedihan, Kesusahan, Kegembiraan sebagai Ke Ke lagi…
Kita sebagai manusia yang hanya menumpang di muka Bumi ini, tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan tanpa kita sedari mahupun tidak sedari.

Kecewa, Kesedihan, Kesusahan dan Kegembiraan dari tanpa di pinta dan di duga ianya semua di luar dugaan dan kemampuan kita.

Ada di antara kita yang kecewa ketika putus cinta dan ada juga kecewa di sebabkan hal-hal yang lain. Ada yang sanggup bunuh diri disebabkan putus cinta, ada pula yang kecewa di sebabkan tak boleh menerima kenyataan bahawa perhubungan terputus di tengah jalan. Jodoh dan takdir semua di Tangan Allah S.W.T.
Kesusahan, ramai orang diluar sana yang susah, tapi pernahkah kita terpikir? Saya berpesan kepada diri saya sendiri “Di kala aku makan, makanan yang sedap-sedap, adakah ibu-bapa ku juga makan apa yang aku makan” Kita selalunya lupa dan alpa terhadap kedua ibu bapa kita, tapi kita kena ingat bahawa Tanpa Mereka Siapalah Kita.


Anda jika ada duit lebih, belanja la kedua ibu-bapa anda makan makanan yang anda pernah makan. Jika ada kesempatan mintak maaf jika anda melalukan kesilapan terhadap mereka.
Kesedihan juga hadir tanpa di duga, ada orang yang terlalu cepat bersedih terutamanya Kaum Hawa dan ada pula yang sedih memikirkan masa depan yang tidak beberapa cerah dan ada pula sedih akibat kehilangan insan yang dia sayang.

Pernahkah anda terpikir jika anda sudah tiada lagi di dunia ini?
Pernahkah anda terpikir jika orang yang anda SAYANG sudah tiada lagi di dunia ini?
Orang yang berfikiran panjang mungkin pernah terpikir, bukan fikir untuk hari nie sahaja, tapi hari-hari yang mendatang.

Hasil Karya Sendiri
*Jika Esok ku dapat melihat sang suria, maka akan ku ucpakan syukur kepada Illahi kerana di beri kesempatan untuk hidup pada hari ini.
*Dan jika esok tiada lagi aku di dunia ini, maka maafkan segala dosa ku.
*Aku harap masa Hadapan ku cerah seperti Sang Suria menerangi pelusuk Bumi

HUJAN- Bila Aku Sudah Tiada

Bila, aku sudah tiada 
Simpan semua lagu ku 
Jangan di tangis selalu
 

Mungkin, itu sementara 
Bila jumpa penggantiku 
Jangan dilupakan aku...
 


Pagi itu indah seperti biasa 
Tidur yang lena terhenti di sana 
Layap kuyu masih tak terdaya 
Bukalah tingkap mu curahkan cahaya 

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya 
Takkan terduga 
Jika saat ini tuhan tentukan aku lah orangnya
 

Walaubagaimanapun kita hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan, jika kesilapan itu ada kalanya memantangkan kita dan ada pula sebaliknya. Dosa-dosa yang telah dilakukan tanpa Taubat dapat juga memberi Titik-titik hitam dalam hati kita. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Bertaubat la jika masih ada masa, jika masih nyawa di kandung badan. Jika nyawa telah di ambil oleh Malaikat maka Pintu Taubat itu telah di tutup. 

#Dikala aku Berbicara, maka anda jadi pendengar yang Setia....

2 comments:

  1. isk..isk...rindu mama ngan ayah saya........ =(

    ReplyDelete

Berbica lah dengan tulisan, kerna dengan tulisan kita bebas berkata-kata

Three Series dot One

Assalamulaikum, Dear pal, mike or what people call your name, Content for today, High Value Definition A  high - value man  is some...