Ya
Allah,
Bahawasanya
Engkau Maha Mengentahui apa yang tersirat lagi tersurat,
Engkau
damaikan hati yang tidak tenteram ini,
Engkau
campakkan sinar ketenang di dalam Hati ini.
Semoga
aku tidak hanyut di arus kesepian.
Sesungguhnya
Engkau lebih tahu apa yang aku impikan.
Tahun ini adalah tahun kedua aku
dalam University, sebelum ini pernah juga hati ini di ketuk oleh seseorang insan
yang bergelar wanita. Beberapa tahun kemudian setelah lama mengikat janji-janji
bercinta akhirnya “Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang,
Rupanya Hujan Di Tengah
Hari” cinta itu tidak kesampaian. Aku selalu mengharapkan Jodoh
yang baik untuk ku, walaupun aku bukan lah orang yang baik-baik malahan selalu
lupa mengamalkan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Menjadi persoalannya, adakah calon isteri aku di kalangan
baik-baik? Ya atau tidak? Persoalan itu selalu bermain di mindaku. Tapi aku
yakin pada ketentuan Ilahi kerana apa yang Dia berikan adalah terbaik untuk
umatnya.
Di zaman globalisasi yang serba moden, agak sukar menemui
cinta sejati, lagi-lagi percintaan IT. Percintaan IT ini kadang kala ada
baiknya, dan kadang kala juga banyak keburukannya.
Aku sebagai lelaki yang tidak pernah lupa aka nasal usul
diri ku ini, dilahirkan bukan di kalangan anak orang kaya dan selalu
menyendirkan diri jika ada saja masalah yang menimpa. Dan bila ditanyakan
Jodoh, perkataan Jodoh itu selalu bermain di minda ku, Siapakah yang bakal aku
miliki? Adakah ilmu di dada sudah cukup untuk membina rumah tangga?
Sebagai lelaki, kita seharusnya fikir apa yang bakal
mendatang, adakah aku sudah sedia atau pada dasar nya tidak.
Kata bapa ku, “perkahwinan ini bukannya satu pekara yang
boleh di buat main, ianya perlu cukup dari segi akal, kewangan dan ketahanan
mental dan juga fizikal. Bukannya senang untuk mendirikan rumah tangga, abah
dulu merantau dari sabah ke Semenanjung
Malaysia untuk mencari satu perkerjaan yang lebih baik dan mencari jodoh.
Akhirnya terpikat la dekat emak kau” begitu la kata bapaku kepada ku.
Lalu aku pun berfikir, memang betul kata bapa ku itu,
selain dari Akal, kewangan dan juga ketahanan mental serta fizikal, Ilmu
tentang agama dan rumah tangga juga penting. Kerana itu la kunci utama
kebahagian di dalam rumah tangga itu sendiri.
Berbalik pada cerita aku ini, bukan sebab kekasih lama aku
yang minta putus bahkan aku sendiri meminta putus. Setiap kali selesai solat magrib,
aku selalu memohon kepada Allah. “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
apa yang di hadapan ku dan apa yang di belakang ku, Jika Benar jodoh ku dengan
dia, maka engkau satukan kami, jika tidak maka engkau jauhkan kami” Itu la doa yang aku selalu doakan, akhirnya
Allah memutuskan perhubungan kami berdua.
Senjak dari itu, sehingga hari ini aku tetap mencari apa
itu Jodoh bagi ku. Aku tidak pernah lelah ataupun penat mencari. Kerna bagi ku
Jodoh itu rahsia Allah, rahsia Allah kepada umatnya supaya umat nya
mencari keredhaan itu dan terima apa yang telah di takdirkan. Aku tertarik
dengan artikal yang menyatakan bahawanya “Jodoh telah ditentukan oleh Allah
senjak kita berumur 4bulan di kandungan Ibu” .
Semasa
di IPT, aku terpikat dengan seorang gadis ini, lalu aku membuat solat istikarah
meminta petunjuk daripada Allah, adakah dia jodoh ku. Namun pada akhirnya, dia
bukan jodoh ku. Tapi itu, tidak memutuskan semangat aku untuk terus mencari dan
mencari siapa jodoh ku ini.
Dengan
kesibukan belajar, aku juga dalam memperbaiki diri supaya dapat menjadi insan
yang berguna kepada Agamaku, Bangsaku dan juga Negara ku tercinta.
#hanya rekaan :)
smoga awak bertemu jodoh yg baik.. insyaAllah.. :)
ReplyDeleteinsyallah
Deletehari itu akn tiba jua..insyallah...
ReplyDeletenk cri jodoh yg sesuai bkn sng...
bkn cm pilih bju...
so, smoga bjaya...
Terima kasih
Deletejodoh itu rahsia Allah.
ReplyDeleteAllah tahu apa yang terbaik untuk kita :)
btl tu awk
DeleteSelain mencari jodoh, kite kne berdoa jugak kan :)
ReplyDeletebtl
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteInsyaallah ... awk akn bertemu dgn jodoh awk nanti....cuma cepat atau lambat je..... Selamat menyambut bulan Ramadhan =]=]=]
ReplyDeleteAwk jgk.. Klu nk kawin nt.. Jgn lupa jemput taw
ReplyDeleteintresting :) jmput singgh blog sy ye :)
ReplyDelete