Siapa tahu apa definasi sebenar #Hormat ? Mungkin ada diantara kita tahu definasi tersebut dan tak kurang juga yang tidak tahu maksud sebenar hormat.
Berdasarkan Dewan Bahasa & Pustaka #Hormat atau #Respect di katogorikan sebagai
Tesaurus |
---|
hormat (kata nama) |
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;, |
Kata Terbitan : berhormat,menghormati, terhormat,kehormat, kehormatan,penghormatan, penghormat, |
Kalau nak ditafsirkan memang agak payah sebabnya ia memerlukan kata-kata yang boombastik dan fantastic. .
Dalam erti kata yang mudah difahami, hormat ini adalah salah satu keperibadian yang wajib ada pada semua lapisan masyarakat. Bukan sahaja orang tua, malahan juga hormat perlu dipupuk semasa dari zaman kanak-kanak lagi.
Tak kira di mana kita berada, perasan atau keperibadian Hormat itu perlu ada, contohnya "kita melihat pengemis yang berkeliaran disekitar Kuala Lumpur, walaupun mereka itu pengemis, kita sebagai manusia yang cukup segalanya (walaupun ada cacat celah yang kita tak nampak dimata" wajib ada sifat hormat pengemis itu"
Menjadi seorang muslimyang ingin berjaya didunia dan akhirat, kita perlu ada rasa hormat kepada orang lain, walaupun orang itu orang yang biasa-biasa sahaja.
No comments:
Post a Comment
Berbica lah dengan tulisan, kerna dengan tulisan kita bebas berkata-kata