Assalamualaikum, rasa lama tak update, padahal baru beberapa hari je (iaitu dalam kiraan 16hari tak update). Rindu aku kat blog hanya aku je tahu.. Pui!!
Ok, cerita pasal pekermbangan aku buat masa nie, korunk ada baca tak yang aku pergi HSBC punya interview? xde ek? Kalau mengkome baca, pastu kome tahu.. Cerita pasal interview itu aku TAK DAPAT.. Mungkin sebab takde rezeki. Tapi aku Ok je...
Dan sekarang ramai yang bertanya, kau kje lagi ker kat maybank? Nampaknya mereka nie tak update pasal aku. Iyelah aku bukan lah artis yang mereka agung-agungkan. Sekarang nie aku kembali jadi student dekat NIOSH dan amik certificate Safety and Health Officer (SHO). Certificate nie melayakkan seseorang itu menjadi Safety Officer dalam erti lain lebih kurang macam doctor keselamatan pekerjaan.
Macam mana nak kenal safety officer nie? Ok aku pun baru sangat dan baru je lepas module 1 tempoh hari dan akan menduduki module 2 pada 14 nie. Insyallah
Safety and Health Officer nie pakaian dia macam nie (sila lihat di bawah). Korunk mesti ingat asal safety offcer je mesti duduk kat construction site kan? Tak semestinya
Bidang kerja yang mencabar dan meluas.
#Aku sebenarnye nak kerja part time, kalau korunk tahu sila lah bagi info k?
No comments:
Post a Comment
Berbica lah dengan tulisan, kerna dengan tulisan kita bebas berkata-kata