Jun 14, 2014

Trip to Langkawi

Assalamualaikum wbt, kepada semua penbaca yang setia diharap juga anda semua sihat sejahtera hendaknya.

Entry kali ini ada 2, dalam erti kata lain 2 in 1 lah... Satu entry bertajuk Trip to Langkawi dan Satu lagi What make me Happy...

Entry pertama...

Trip to Langkawi

Trip kali ini agak berbeza, ini kerana aku dan rakan2 hanya plan dalam masa tiga jam dan terus je on ke Langkawi. Pada mulanya kami ingin ke Pulau Tioman. Tetapi setelah dikaji selidik semua, kami sepakat ke Langkawi. Langkawi adalah tempat yang aku tidak pernah jejak. Bajet untuk trip ini dalam RM400.. memang berbaloi. Jika anda pergi tanpa agensi..

Perjalanan bermula seawal 12am pada pagi rabu bersamaan 11/6/2014 dan sampai ke kuala perlis dalam pukul 7am hari berkenaan juga.Ok, setelah sampai ke Langkawi aku dan rakan2 sewa motor, ini kerana kami inginkan kelain sedikit pusing satu pulau dengan motor... baru lah AWESOME.


Setelah sampai ke tempat penginapan, aku pun jalan2 Pusing 1 Pulau dan sebelah petangnya pulan kami menaiki Kabel Car..


Memandang dan melihat keindahan ciptaan Allah SWT buatkan aku terpegun dan terpesona. Ombak yang terhasil daripada tiupan sang Angin, Laut Kebiruan dan pemandangan Sang Hijau cukup membuat aku terpesona.

Ini dapat memberi sedikit ketenangan jiwa dalam diri dan berasa sungguh bertuah kerana dapat menjejakkan kaki di bumi yang bertuah iaitu Langkawi.

Setelah hari kedua berada di Langkawi, pagi hujan lebat dan aktiviti kami disebelah pagi terbatas dan mungkin rezeki tak ada untuk melihat tempat2 lain seperti Telaga 7 dan Beras terbakar.

Setelah genap 2 hari bermalam disana, aku dan rakan2 pun pergi ke 1 tempat yang tidak asing lagi. Iaitu Haji Ismail Gallery, sebuah tempat yang cukup padat dengan cokelat dan barang2 Free Duty...



Ok, trip kali ini telah pun selesai sehari yang lepas dan ini antara wishlish aku pada tahun ini. Alhamdulliah sudah pun tercapai walaupun banyak rintangan dan halang yang dihadapi.


No comments:

Post a Comment

Berbica lah dengan tulisan, kerna dengan tulisan kita bebas berkata-kata

Three Series dot One

Assalamulaikum, Dear pal, mike or what people call your name, Content for today, High Value Definition A  high - value man  is some...