Dec 7, 2015

Ini Terlalu Sukar

Assalamualikum,

Tajuk blog kali ini memang terlalu sukar untuk aku ungkapkan, Insyallah aku harap para pembaca tenang dan gembira membaca blog ini.

Terlalu sukar?


If I got locked away

And we lost it all today
Tell me honestly would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly would you still love me the same?


Cerita ini berlaku beberapa tahun yang lepas (tak perlu tahu tahun apa). berkenalan melalui laman sesawang ataupun dikenali sebagai Laman Sosial iaitu Facebook. Siapa yang tahu aku dulu memang suka sangat Like gambar orang dan Add orang di Facebook. Dan ada satu hari tu, Friend dengan seseorang wanita... Kalau scroll balik adalah start conversation tahun 2012...dan kalau baca balik memang aku sendiri pun geli.. Hahahahah..

*Maklum lah aku Jahil memang muka tak malu..

Setelah berkawan begitu lama, yelah kejap hilang kejap ada..

Setelah berkawan begitu lama, aku pun decide untuk berjumpa face to face. Siap cakap kat mak abah lagi nak jumpa orang dan masa tu aku tengah study SHO (Safety and Health Officer)..

Pertemuan kami hanya 2kali sahaja (Tahun itu) dan aku ada juga bertanyakan kat dia hasrat untuk berkahwin dengan dia, Tetapi kena Reject, dan masa tu jugak dia ada bagi num family dia call sebab nak menyatakan hasrat itu. Yang paling aku ingat sekarang.. Selepas 1 kali perjumpaan, Dia cakap Ok, kita tak tahu yang awak tu betul2 jodoh atau tidak dan apa kata kita buat Solat Istiqarah, Insyallah kalau ada tu maknanya jodoh kalau tak de tu... bukan jodoh untuk kita..



Dan setelah perjumpaan yang kedua kali... Akhirnya masing2 hilang... Bukan dia saja dengan aku sekali hilang.. Dan pada masa itu, aku cakap kat diri sendiri tak pelah tiada jodoh nak buat macam mana.. Sedih tu, ada jugak lah, tapi Itukan Allah SWT dah aturkan, kita sebagai manusia nie harus redha dan teruskan usaha... kena reject tu biasa..

Dalam tahun nie, Allah kan Maha Adil dan Maha Mengetahui apa yang dihadapan kita dan di belakang kita. kita kan makluk Allah.. Alhamdullilah, dapat berjumpa kembali dengan dia dan sekali lagi hasrat untuk membuat Si Dia menjadi Isteri tetapi ia masih samar-samar. Mungkin ada alasan yang kukuh dan yang tu aku tak boleh cerita kat sesiapa even kat Family sekali pun. Biar pendam :)..

Alhamdullilah setelah beberapa kali aku dengan rela hati pergi ke rumah Family dia di.... (rahsia) menyatakan kan hasrat sekali lagi. Dan family dia ok, baik . Family dia kata.. " Makcik dan Pakcik tak boleh nak bagi jawapan apa2, terpulang tuan punya badan" dan pabila parents dia kata macam tu aku dengan tabah dan positive diri berkata kat diri sendiri. "Insyalllah, ada jalannya"  bertapa positive energy menusuk kalbu..

Dan kini mungkin dia akan menghilang lagi, atas sebab-sebab yang tertentu (Korunk tak perlu tahu, kan aku dah cakap Rahsia)..

So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye

Insyallah, aku macam biasa lah akan tetap menunggu dan harapkan yang terbaik jawapan dari Allah SWT dan dari kau juga... :)

I dun care about you past, 
past is already past,
but we can learn from that,
Now we need create the better Future for our-self...
I know it hard, but we can Yes WE CAN....

*kalau kau baca blog ini, Alhamdullilah mesti kau ingat quote ini




















No comments:

Post a Comment

Berbica lah dengan tulisan, kerna dengan tulisan kita bebas berkata-kata

Three Series dot One

Assalamulaikum, Dear pal, mike or what people call your name, Content for today, High Value Definition A  high - value man  is some...